Pencemaran Sungai Selangor: Lapan lelaki direman tujuh hari

Lapan lelaki termasuk pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran sumber air di Sungai Selangor direman selama tujuh hari bermula hari ini.

A
A
A

SELAYANG - Lapan lelaki termasuk pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran sumber air di Sungai Selangor direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman yang akan tamat pada 28 Oktober ini dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Selayang, Nik Mohd Fadli Nik Azlan ke atas semua suspek yang berusia 28 hingga 66 tahun.

Terdahulu, mereka yang memakai baju lokap polis berwarna ungu dan oren itu dibawa ke Kompleks Mahkamah Selayang pada jam 9 pagi tadi selepas ditahan di Rawang, Selangor jam 11.30 pagi semalam.

Bapa 62 tahun serta anaknya yang berusia 31 tahun iaitu pengarah syarikat itu ditahan bersama enam pekerjanya masing-masing dua warga tempatan dan empat lelaki warga asing dari Nepal, Pakistan dan Myanmar.

Kesemua suspek yang memakai baju lokap polis berwarna ungu dan oren itu dibawa ke Kompleks Mahkamah Selayang pada jam 9 pagi tadi selepas ditahan di Rawang, Selangor jam 11.30 pagi semalam.
Kesemua suspek yang memakai baju lokap polis berwarna ungu dan oren itu dibawa ke Kompleks Mahkamah Selayang pada jam 9 pagi tadi selepas ditahan di Rawang, Selangor jam 11.30 pagi semalam.

Mengikut kenyataan polis sebelum ini, siasatan ke atas mereka dijalankan mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat sehingga menyebabkan berlaku pemutusan bekalan air untuk tujuan pertanian, makanan atau minuman kepada manusia dan haiwan atau bagi menjalankan sebarang pengeluaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Lapan individu ditahan kes pencemaran bau Sungai Selangor

Ia susulan pencemaran sungai yang dikesan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) pada jam 12.38 pagi, 19 Oktober lalu.

Artikel Berkaitan:

Air Selangor turut mengesan bau abnormal pada sumber air mentah di Sungai Selangor.

Ekoran itu Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas apabila kadar bau dikesan pada paras tiga ton.

Pencemaran itu menyebabkan gangguan di 1,292 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.