FMM ragui kemampuan panel perkhidmatan Perkeso

Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) mengakui pihaknya berasa ragu dengan kemampuan panel perkhidmatan yang dilantik Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam menyediakan ujian saringan koronavirus (Covid-19) kepada pekerja.
Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) mengakui pihaknya berasa ragu dengan kemampuan panel perkhidmatan yang dilantik Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam menyediakan ujian saringan koronavirus (Covid-19) kepada pekerja.
A
A
A

SHAH ALAM – Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) mengakui pihaknya berasa ragu dengan kemampuan panel perkhidmatan yang dilantik Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam menyediakan ujian saringan koronavirus (Covid-19) kepada pekerja.

Presidennya, Datuk Soh Thian Lai berkata, perkhidmatan yang tidak efisien hanya akan memberi kesan kepada operasi kilang.

“Kita mengalu-alukan usaha menteri terbabit dan pengumuman itu dibuat berikutan lonjakan kes semasa Covid-19 di negeri terbabit dan keperluan untuk meningkatkan pemeriksaan pekerja.

“Bagaimanapun, kita khuatir apakah panel yang diluluskan oleh Perkeso mempunyai kemampuan menyediakan perkhidmatan ujian Covid-19 sepanjang tempoh itu.

“Ia sekali gus akan memberi kesan kepada operasi pejabat atau kilang sekiranya proses saringan itu memakan masa yang agak panjang,” katanya di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan bahawa Program Saringan Prihatin (PSP) diperluaskan kepada semua pencarum Perkeso di negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Jelas Saravanan, majikan boleh menjalankan saringan Covid-19 untuk pekerja secara percuma melalui panel dilantik Perkeso.

Sementara itu, Thian Lai berkata, kenyataan oleh Saravanan masih kurang jelas dan tidak terperinci sama ada arahan ujian saringan itu perlu dibuat kepada semua kakitangan yang hanya bekerja di kilang atau sebaliknya.

Artikel Berkaitan:

“Apakah syarat ujian tersebut untuk semua kakitangan yang bekerja di pejabat atau kilang atau mereka dari kawasan zon merah atau kakitangan yang dikecualikan arahan bekerja dari rumah berdasarkan pengumuman Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri,” katanya.