Tiada jalan mudah untuk berjaya dalam kehidupan

Memang sudah jadi trend sekarang dengan posting yang mengundang kemarahan akan menyebabkan akaun media media sosial akan ‘meletup’ dalam sekelip mata.
Memang sudah jadi trend sekarang dengan posting yang mengundang kemarahan akan menyebabkan akaun media media sosial akan ‘meletup’ dalam sekelip mata.
A
A
A

Memang teruk seorang influencer kena kecam di media sosial gara-gara memuat naik status kononnya tidak lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi ada teman wanita yang cantik.

Ada dalam kalangan netizen mengatakan tindakan tersebut seolah-olah peperiksaan tersebut tidak penting dan memberikan harapan palsu kepada bakal-bakal calon SPM.

Bagaimanapun difahamkan bahawa lelaki tersebut kini merupakan seorang usahawan yang berjaya dan sangat popular di media-media sosial.

Merak Jalanan menganggap apa yang dimuat naik itu sekadar gimik pemasaran untuk mempopularkan imej seseorang individu.

Memang sudah jadi trend sekarang dengan posting yang mengundang kemarahan akan menyebabkan akaun media sosial akan ‘meletup’ dalam sekelip mata.

Dalam ilmu media yang pernah Merak Jalanan belajar dulu, publisiti buruk adalah juga publisiti yang baik untuk menjadikan seseorang itu menjadi popular.

Pernah satu ketika dahulu, kecoh di seluruh negara apabila seorang pelanggan dari Putrajaya menghebohkan di media sosial apabila lauk ikan tongkol yang di makan di sebuah restoran di Terengganu berharga RM45.

Kontroversi itu bagaimanapun telah mempopularkan restoran tersebut dan menyebabkan lebih ramai ingin mengetahui keenakan makanan yang disajikan di situ.

Artikel Berkaitan:

Berbalik kepada isu tidak berjaya dalam SPM tetapi masih boleh mencapai kejayaan pada masa depan sebenarnya perlu dilihat dari sudut positif.

Untuk berjaya sebenarnya tiada jalan mudah baik kepada mereka yang mempunyai kelebihan dalam bidang bidang akademik ataupun bukan akademik.

Ada yang mengatakan bahawa dalam kehidupan kita ini bukan pada permulaan tetapi lihat kepada pengakhirannya.