X

Kindly register in order to view this article
!

Kristal Heights Shah Alam rekod satu kes positif Covid-19

PKNS
A
A

SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memaklumkan satu kes positif Covid-19 dikesan di Pangsapuri Kristal Heights di Seksyen 7 di sini pada Isnin lepas.

Menurut kenyataan PKNS hari ini, pesakit berumur 31 tahun itu disahkan positif Covid-19 hasil ujian swab yang dilakukan di sebuah hospital swasta di Shah Alam dan kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

“Pengesanan kes positif di lokasi itu telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan. Ujian saringan pertama ke atas kesemua kontak rapat pesakit berkenaan didapati negatif dan kini sedang menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari di kediaman masing-masing.

“Pihak pengurusan Pangsapuri Kristal Heights akan menutup sementara kemudahan bersama di kediaman berkenaan termasuk dewan serba guna, taman permainan, gimnasium dan kolam renang hingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” demikian menurut kenyataan tersebut.

PKNS menyatakan proses sanitasi di kawasan guna sama pangsapuri berkenaan termasuk lif dan tangga kecemasan akan dilaksanakan bermula esok bagi mencegah penularan pandemik Covid-19.

Perbadanan itu turut menasihati penduduk pangsapuri tersebut supaya bertenang dan mematuhi prosedur operasi standard dengan menjaga jarak fizikal dan memakai pelitup muka.

Pangsapuri Kristal Heights Seksyen 7 Shah Alam adalah antara projek perumahan yang dibangunkan oleh PKNS. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!