X

Kindly register in order to view this article
!

PKR hormati kenyataan Ahmad Zahid, kata Saifuddin Nasution

A
A

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghormati kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu melakukan gencatan politik untuk menumpukan usaha menangani wabak koronavirus (Covid-19).

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pada masa sama, PKR akan mengekalkan usaha ke arah mengembalikan mandat rakyat.

"Keadilan mengambil maklum dan menghormati kenyataan yang telah dibuat Presiden UMNO hari ini (semalam).

"Pada masa yang sama, kami akan mengekalkan usaha ke arah mengembalikan mandat rakyat dengan kebersamaan Ahli-Ahli Parlimen yang mendokong cita-cita dan harapan yang sama iaitu untuk memperbetul hala tuju kepimpinan negara terutama dalam usaha memerangi wabak Covid-19, menyuntik semangat dan membangun semula ekonomi, serta melipat gandakan usaha menyelesaikan masalah rakyat," katanya dalam satu kenyataan di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO lakukan gencatan politik, tumpu tangani Covid-19: Ahmad Zahid

Hari ini, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, UMNO melakukan gencatan politik bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat yang sedang dihimpit kesusahan dapat dilaksanakan.

Katanya, ia juga bagi memastikan kegelisahan rakyat akibat hambatan ekonomi dapat ditangani dan diutamakan.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan semua ahli politik disarankan supaya melakukan gencatan politik sebagai usaha memikirkan penyelesaian terbaik bagi mensejahterakan rakyat.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!