Israel lancar serangan udara di Syria

Gambar fail menunjukkan askar-askar dan beberapa buah kenderaan tentera Israel di Bukit Golan sempadan Syria. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan askar-askar dan beberapa buah kenderaan tentera Israel di Bukit Golan sempadan Syria. - Foto AFP
A
A
A

DAMSYIK - Israel dipercayai melancarkan satu serangan ke atas wilayah Quneitra, selatan Syria, laporan media pemerintah hari ini.

Sebuah sekolah di kampung dibedil dalam serangan itu di kampung Quneitra, kata agensi berita SANA tanpa memberikan maklumat lanjut.

Sebuah pertubuhan yang beribu pejabat di Britain, Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia turut melaporkan satu serangan peluru berpandu di kawasan tersebut dan menyatakan kemungkinan Israel bertanggungjawab dalam kejadian itu.

Ia menyatakan serangan tersebut mengenai sebuah pangkalan untuk pro-militia Iran.

Bersama Rusia, musuh Israel iaitu Iran merupakan penyokong utama rejim Damsyik dalam peperangan saudara yang sudah berlanjutan selama sembilan tahun.

Israel telah melancarkan ratusan serangan udara dan peluru berpandu di Syria sejak Perang Saudara berlaku pada tahun 2011 dengan menyasarkan tentera Iran dan para

pejuang Hezbollah termasuk askar-askar kerajaan.

Perang di negara itu telah menyebabkan lebih 380,000 orang terbunuh dan berjuta-juta lagi hilang tempat tinggal sejak permulaan perang saudara pada tahun 2011. - AFP

Artikel Berkaitan: