X

Kindly register in order to view this article
!

Pengunjung kecewa Sungai Lubuk Yu ibarat 'teh tarik'

A
A

MARAN - Jabatan Alam Sekitar Pahang sedang menyiasat punca air sungai di Taman Eko Rimba Lubuk Yu di sini menjadi sangat keruh secara sejak awal pagi tadi.

Pengarahnya, Mohd Sani Mat Daud semasa dihubungi berkata, pegawai jabatan telah diarahkan ke lokasi berkenaan bagi menjalankan siasatan.

Pengarah Urusan ecopark berkenaan, Juhari Che Lah ketika ditemui Bernama berkata, air sungai itu mulai keruh awal pagi tadi dan menurutnya, beliau pernah beberapa kali mengesan kejadian berkenaan sebelum ini, sejak beliau berkhidmat di taman berkenaan pada bulan September tahun lepas.

"Saya tidak tahu punca air menjadi keruh, (sedangkan) tiada hujan lebat semalam. Jika hujan lebat, mungkin kita boleh faham mengapa air keruh, mungkin kerana arus membawa lumpur. Saya kesian dengan pengunjung kerana mereka mengadu sungai ini tidak sama seperti yang dilihat dalam media sosial," katanya semasa ditemui di kawasan rekreasi itu di sini hari ini.

Seorang pengunjung yang ditemui, Muhmmad Hafizan Aliff Halimi, 20, mengakui agak kecewa kerana beliau dan keluarga menempuh perjalanan hampir 80 kilometer untuk berkelah di Lubuk Yu hari ini, seawal jam 8 pagi.

"Kami tidak mahu bersesak dengan orang lain pada hujung minggu menyebabkan kami memilih untuk datang awal hari ini, namun tiada rezeki kami untuk bergambar dengan sungai yang jernih seperti biasa dilihat di Facebook," katanya. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!