Satu lagi kes baharu Covid-19 di Kelantan

Laporan terkini Covid-19 di Kelantan -Foto Facebook JKNK
Laporan terkini Covid-19 di Kelantan -Foto Facebook JKNK
A
A
A

KOTA BHARU - Kelantan mencatat pertambahan satu lagi kes baharu koronavirus (Covid-19) hari ini menjadikan empat pesakit dalam rawatan.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, kes terbaharu hari ini iaitu kes ke-175 merupakan jangkitan kontak rapat kes sah dari luar negeri.

“Patuhi saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kita masih belum bebas wabak Covid-19 sepenuhnya,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Kelantan menerusi Facebook hari ini memaklumkan bahawa kes terkini tersebut merupakan kontak rapat kes sah dari Kluster Simera, Selangor.

Kenyataan juga memberitahu yang tiada kes sembuh dan discaj dilaporkan.

Kes dalam rawatan membabitkan dua kes saringan 'offshore' (kes 172 dan 173) manakala dua kes lagi adalah kontak rapat kes sah (kes 174 dan 175).

Artikel Berkaitan: