X

Kindly register in order to view this article
!

Seorang lagi kakitangan DBKL positif Covid-19

Kenyataan DBKL hari ini berhubung seorang kakitangan yang dijangkiti Covid-19.
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lagi kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail di sini dijangkiti koronavirus (Covid-19).

Unit Media DBKL dalam satu kenyataan hari ini berkata, kes ketiga itu disahkan positif semalam dan pesakit kini sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Menurut kenyataan itu, kakitangan dari Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH) itu menjalani ujian swab Covid-19 pada Ahad lalu berikutan menjadi kontak rapat kepada kes pertama (kakitangan DBKL) semasa menghadiri satu mesyuarat pada 30 September lalu.

"Staf berkenaan tidak mengalami sebarang gejala sehinggalah keputusan saringan yang keluar semalam menunjukkan dia positif Covid-19.

"Pihak DBKL dan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sedang giat mengesan kontak rapat bagi kes terbaharu ini untuk tindakan susulan," menurut kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan sama, tindakan nyahkuman telah dibuat semalam di tingkat 3,4,5,6,7 dan 17, selain lobi serta lif Menara TH Perdana.

"Pihak JPPH telah menghantar senarai nama kontak rapat kepada pesakit ke Pejabat Kesihatan Daerah Gombak hari ini.

"Sementara pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah hadir ke Menara TH Perdana hari ini bagi menentukan analisis risiko," katanya.

Menurut kenyataan itu, operasi di menara tersebut bagaimanapun berjalan seperti biasa namun prosedur operasi standard (SOP) diperketatkan bagi menjamin keselamatan pengunjung dan kakitangan.

Terdahulu, DBKL pada Khamis lalu memaklumkan dua kakitangannya dari Jabatan Perancangan Bandar (JPRB) dan Jabatan Kawalan Bangunan (JKB) dijangkiti Covid-19.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!