X

Kindly register in order to view this article
!

Bekalan air di Hulu Selangor, KL pulih sepenuhnya

Pengguna terjejas akibat pencemaran sumber air mentah yang dikesan di Sungai Selangor.
A
A

SHAH ALAM - Gangguan bekalan air di kawasan Hulu Selangor dan Kuala Lumpur telah pulih sepenuhnya.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kenyataan memaklumkan bahawa sejumlah 1,217 atau 94 peratus kawasan sudah menerima bekalan air daripada 1,292 kawasan yang terlibat gangguan bekalan air tidak berjadual itu.

"Dua kawasan iaitu Hulu Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan pemulihan bekalan air sebanyak 100 peratus.

"Kawasan lain iaitu Petaling mencatatkan pemulihan kawasan yang menerima air sebanyak 99.7 peratus, selain Klang dan Shah Alam (86 peratus), Gombak (83 peratus), Kuala Langat (75 peratus) dan Kuala Selangor (99.6 peratus)," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Isnin lalu, kira-kira 1.2 juta akaun pengguna di tujuh daerah di negeri ini mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan pencemaran sumber air mentah yang dikesan di Sungai Selangor.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!