732 kes baharu positif Covid-19

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

KUALA LUMPUR - Selepas beberapa hari berturut-turut merekodkan jumlah kes harian melebihi angka 800, hari ini Kementerian Kesihatan melaporkan kes positif koronavirus (Covid-19) di negara ini mencatatkan sedikit penurunan iaitu 732 kes selain enam kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan dalam tempoh 24 jam lepas itu menjadikan angka terkumpul positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 22,957 kes dengan kes aktif sebanyak 7,827 kes.

"Daripada jumlah kes hari ini, 724 merupakan penularan tempatan dan terdapat lapan kes import yang melibatkan enam warganegara dan dua rakyat asing.

"Sabah masih menjadi negeri dengan kes jangkitan tertinggi iaitu 535 kes atau 73.1 peratus," katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 di Putrajaya.

Dr Noor Hisham berkata, tempoh 24 jam lepas hingga tengah hari tadi juga merekodkan 580 kes sembuh, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 sebanyak 14,931 kes atau 65 peratus daripada jumlah keseluruhan jangkitan yang dilaporkan.

Beliau berkata, pada masa ini terdapat 102 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 31 memerlukan bantuan pernafasan. - Bernama

Status Terkini COVID-19 Di Malaysia,

Artikel Berkaitan:

21 Okt 2020

Kes sembuh=580

Jumlah kes sembuh=14,931 kes

Kes baharu positif=732

(kes import=8, kes tempatan=724)

Jumlah positif=22,957 kes

Kes kematian=6

Jumlah kes kematian=199 kes

Kes dirawat di ICU= 102 kes

Bantuan Alat Pernafasan= 31 kes pic.twitter.com/2Bd7Wc1Bzf

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) October 21, 2020