Warga emas cedera disengat lebah

Anggota bomba membantu menyelamatkan Kamaruddin yang disengat lebah di sebuah ladang teh di Lenggong pagi tadi sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Anggota bomba membantu menyelamatkan Kamaruddin yang disengat lebah di sebuah ladang teh di Lenggong pagi tadi sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
A
A
A

HULU PERAK - Malang tidak berbau bagi seorang lelaki warga emas apabila cedera selepas disengat sekumpulan lebah ketika melalui sebuah ladang teh di Lenggong di sini pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Lenggong berkata, mangsa, Kamaruddin Othman, 72, mengalami bengkak di beberapa bahagian muka akibat dihurung kumpulan lebah berkenaan.

“Kami menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 11.40 pagi dan segera mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong ke lokasi bagi kerja-kerja menyelamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba menggunakan pakaian pelindung diri (PPE) lengkap ‘Bee Suit’ bagi menyelamat mangsa yang telah dihurung lebah.

Katanya, operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II Hamdan Abdullah itu tamat pada jam 11.54 pagi dan mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menerima rawatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: