Tuduhan terhadap Speaker DUN Melaka: Polis rampas CCTV

Datuk Huzir Mohamed - Foto Bernama
Datuk Huzir Mohamed - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis merampas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikaitkan dengan dakwaan gangguan seksual dilakukan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh terhadap seorang kakitangan wanita sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Kita telah rakam keterangan daripada saksi-saksi berkaitan.

"Selain itu, polis juga telah merampas CCTV di lokasi kejadian selain bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan alamat mereka yang membuat kenyataan fitnah menerusi Facebook berhubung tuduhan tersebut," katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.

Sebelum ini, tersebar di media sosial yang mendakwa Ab Rauf yang juga Pengerusi UMNO Melaka cuba merogol seorang kakitangan wanita sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka pada 2 Oktober lalu.

Bagaimanapun, wanita berkenaan membuat laporan di Balai Polis Air Keroh, Melaka bagi menafikan penyebaran fitnah tersebut.

Artikel Berkaitan: