Mendy penjaga gol nombor satu Chelsea

Mendy
Mendy
A
A
A

Eduoard Mendy layak menjadi penjaga gol utama Chelsea selepas tampil cemerlang dalam aksi Liga Juara-Juara menentang Sevilla di Stamford Bridge awal pagi semalam.

Pengendali The Blues, Frank Lampard berkata, Mendy telah membuktikan keupayaannya dan dia tidak ragu-ragu untuk memberikan posisi penjaga gol utama kepada pemain kelahiran Senegal itu.

"Pada ketika ini, saya boleh katakan dia telah menunjukkan kualiti yang sangat baik. Cara dia bermain memuaskan hati saya dan apa yang lebih penting di sudah dua kali tidak dibolosi.

"Kini dia adalah penjaga gol nombor satu Chelsea, namun posisi tersebut tidak terjamin untuknya kerana ia menjadi rebutan antara Kepa Arrizabalaga dan Willy Caballero. Tetapi cara Mendy beraksi membuatkan saya tenang," katanya.

Pada aksi yang berkesudahan seri tanpa jaringan itu, Mendy menjadi 'tembok kukuh' yang sukar ditembusi barisan penyerang Sevilla apabila dia banyak menggagalkan percubaan Sevilla.

Dalam pada itu, Lampard turut berpuas hati dengan persembahan benteng pertahanan The Blues yang dikemudi Thiago Silva dan Zouma walaupun terpaksa berkongsi mata dengan Sevilla.

"Saya gembira dengan tahap profesional setiap pemain. Saya bercakap dengan pemain ketika seri 3-3 menentang Southampton baru baru ini dan hari ini, mereka menunjukkan satu reaksi yang positif.

"Saya faham pentingnya perlawanan pertama untuk menang terutama menentang pasukan berkualiti seperti Sevilla. Namun, tidak bolos juga menjadi perkara utama dan saya tidak kecewa dengan keputusan seri ini," ujarnya.

Artikel Berkaitan: