Penganggur didakwa membunuh

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di hadapan sebuah kedai runcit, 8 Oktober lalu.

V Yuvandran, 41, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Fared Abdul Latif.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki itu didakwa membunuh S S Ragu, 52, di hadapan kedai runcit, di Flat Sri Sabah 3B, Batu 3 1/2 Jalan Ikan Ayu, Cheras di sini antara jam 1.45 petang hingga 2 petang pada 8 Oktober lalu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar manakala tertuduh diwakili peguam Vincent Chew.

Mahkamah menetapkan 21 Disember untuk sebutan semula kes.- Bernama

Artikel Berkaitan: