Keluarga Diraja Johor kecewa

Posting terbaharu di laman Facebook The Royal Johor memaklumkan keluarga Diraja Johor berasa kecewa terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan khabar angin itu.
Posting terbaharu di laman Facebook The Royal Johor memaklumkan keluarga Diraja Johor berasa kecewa terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan khabar angin itu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Khabar angin di media sosial mengenai perkahwinan Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan suaminya, Dennis Muhammad Abdullah kini berantakan adalah berniat jahat dan tidak benar.

Posting terbaharu di laman Facebook The Royal Johor memaklumkan keluarga Diraja Johor berasa kecewa terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan khabar angin itu.

Bercakap kepada Royal Press Office, Tunku Tun Aminah menzahirkan rasa tidak senang terhadap khabar angin yang disiarkan di media sosial mengenai perkahwinannya.

Malah perasaan itu juga dizahirkan apabila khabar angin tersebut mengaitkan 'urusan perniagaan' yang didakwa dengan produk penjagaan kulit dan pelangsingan.

"Suami dan saya bahagia, bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh khabar angin tersebut.

"Saya juga tidak menyokong mana-mana produk seperti yang ditulis oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab ini yang menggunakan nama saya untuk mendapat perhatian," katanya.

Menurut posting tersebut juga, aduan yang telah dibuat kepada Facebook juga tidak diambil tindakan serta-merta.

"Keluarga Diraja Johor berharap tindakan segera akan diambil oleh Facebook untuk menurunkan kandungan berniat jahat, sejajar dengan ikrar syarikat itu untuk memastikan berita palsu ditangani dengan tegas," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tunku Tun Aminah mendirikan rumah tangga bersama Dennis pada Ogos 2017.