Covid-19: Sepanyol pertimbang perintah berkurung

Sepanyol mencatatkan 13,873 kes Covid-19 baharu dan 218 kematian dalam 24 jam terakhir semalam. - Foto Xinhua
Sepanyol mencatatkan 13,873 kes Covid-19 baharu dan 218 kematian dalam 24 jam terakhir semalam. - Foto Xinhua
A
A
A

MADRID - Pemerintah Sepanyol mempertimbangkan sekatan baharu termasuk perintah berkurung untuk membendung gelombang baharu jangkitan Covid-19, lapor agensi berita Xinhua, memetik Menteri Kesihatan Salvador Illa pada Selasa.

Melaksanakan perintah berkurung di ibu kota Madrid dan mungkin di luarnya memerlukan negara mengumumkan 'perintah darurat', kata Illa kepada wartawan, sambil menambah tindakan yang berlangsung selama dua minggu itu memerlukan sokongan beberapa parti pembangkang.

Negara itu pada Selasa malam mencatatkan 13,873 kes Covid-19 baharu dan 218 kematian dalam 24 jam terakhir, menjadikan jumlah jangkitan kepada 988,322 dan jumlah kematian sebanyak 34,210. - Bernama

Artikel Berkaitan: