Koeman bangga aksi Messi

Messi menyempurnakan sepakan penalti pada perlawanan berkenaan. - Foto goal.com
Messi menyempurnakan sepakan penalti pada perlawanan berkenaan. - Foto goal.com
A
A
A

PENGENDALI Barcelona, Ronald Koeman bangga dengan aksi yang dipamerkan Lionel Messi ketika menewaskan kelab Hungary Ferencvaros, 5-1 pada aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Nou Camp kelmarin.

Koeman berkata, bintang Argentina itu secara keseluruhannya telah memberikan aksi terbaiknya pada perlawanan berkenaan dan sekali gus membantu skuad The Catalan itu membuka tirai saingan UCL kali ini dengan kemenangan.

Malah menurut Koeman, aksi Messi itu sekali gus menutup mulut pengkritik berikutan kekalahan Barca kepada 0-1 kepada Getafe minggu lalu.

“Sekarang aksi dia (Messi) telah bertambah baik. Dia telah bekerja keras dan kelihatan gembira untuk terus menjadi kapten pasukan ini.

“Saya tidak ada sebarang rungutan terhadapnya kerana percaya dia juga kadang kala akan menerima nasib yang buruk.

“Namun, saya yakin kita semua akan dapat melihat peningkatan permainannya pada perlawanan-perlawanan akan datang,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan Messi menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-27 sebelum pemain berusia 17 tahun, Ansu Fati menjaringkan gol pada minit ke-42, diikuti Philppe Couthinho (52), Pedri (82) dan Ousmane Dembele pada minit ke-89 manakala pelawat memperolehi gol saguhati menerusi Ihor Kharatin yang menyempurnakan sepakan penalty pada minit ke-70.

Sementara itu Koeman mengharapkan Messi dapat meneruskan aksi sedemikian menjelang pertemuan dengan Real Madrid, Sabtu ini.

Artikel Berkaitan:

“Jika dia dapat meneruskan aksi seperti yang dilakukannya mala mini (kelmarin), saya tidak akan ada sebarang rungutan terhadapnya.

“Dia bekerja keras, menjaringkan gol, menyempurnakan sepakan penalti selain turut membantu rakan-rakan sepasukan menjaringkan gol dan ini adalah perkara yang terbaik buat seseorang jurulatih,” katanya.