X

Kindly register in order to view this article
!

Empat premis TM Terengganu tutup, kakitangan positif Covid-19

Empat premis TM di Terengganu ditutup susulan terdapat satu kes positif Covid-19 melibatkan kakitangannya. Foto: Norhaspida Yatim
A
A

KUALA TERENGGANU - [DIKEMASKINI] Empat premis Telekom Malaysia Berhad (TM) Terengganu ditutup sementara bagi proses nyahkuman selepas terdapat satu kes positif koronavirus (Covid-19) dalam kalangan kakitangannya.

Keempat-empat premis melibatkan TM Jalan Sultan Ismail yang merangkumi pejabat TM Kuala Terengganu dan cawangan TMpoint Kuala Terengganu; TM Jalan Air Jernih, TM Jalan Pusara dan TM Medan Jaya itu ditutup bermula 19 hingga 24 Oktober.

Pengarah Wilayah Timur Telekom Malaysia Berhad, Mohd Yazid Abd Manaf berkata, penutupan premis terbabit sebagaimana garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM) manakala kakitangan terlibat kini menjalani kuarantin dan menerima rawatan di hospital kerajaan.

"TM sentiasa mengambil langkah proaktif bagi mengekang penyebaran virus ini dan memastikan keselamatan para pelanggan, anggota dan masyarakat.

"Sehubungan ini kita mengambil langkah menutup premis ini berikutan pengesahan satu kes positif Covid-19 dalam kalangan kakitangan di TM Terengganu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, katanya, pengesanan kontak rapat secara terperinci sedang dilakukan pihak KKM dengan dibantu oleh Pasukan Tindak Balas Krisis (Crisis Response Team – CRT) Covid-19 TM bagi mengenalpasti dan memaklumkan mereka yang mempunyai kontak rapat dengan kakitangan terlibat.

"Kontak rapat yang dikenalpasti dihubungi oleh KKM bagi nasihat dan tindakan selanjutnya," katanya.

Dalam pada itu, katanya, premis-premis TM yang lain di negeri Terengganu, termasuk premis-premis TMpoint masih beroperasi seperti biasa.

"Bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan kepada para pelanggan kami, anggota- anggota TM Terengganu dalam fungsi bukan kritikal telahn bekerja dari rumah (WFH) sehingga 31 Oktober 2020 dengan memanfaatkan saluran-saluran digital dan alatan produktiviti dalam talian," katanya.

Terdahulu, pada 11 Oktober 2020, TM melaksanakan aturan sama kepada anggota TM di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, sebelum pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dalam aturan itu, anggota-anggota dalam fungsi kritikal (pusat panggilan, pasukan lapangan untuk pemasangan dan baik pulih perkhidmatan) akan terus bertugas dengan mematuhi protokol dan garis panduan keselamatan yang ditetapkan kerajaan serta pihak TM.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!