Hospital sementara Covid-19 di Penjara Pokok Sena mula beroperasi

GAMBAR UTAMA - Fokus utama hospital sementara itu memberi rawatan kepada OKT dari pusat tahanan dan penjara di utara Malaysia yang telah disahkan positif Covid-19 bagi kategori satu hingga empat. - Foto Facebook Dr Noor Hisham

A
A
A

PUTRAJAYA - Hospital sementara yang dibuka di Penjara Pokok Sena bagi merawat pesakit koronavirus (Covid-19) memulakan operasinya hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, fokus utama hospital tersebut memberi rawatan kepada orang kena tahan (OKT) dari pusat tahanan dan penjara di utara Malaysia yang telah disahkan positif Covid-19 bagi kategori satu hingga empat.

"OKT yang ditempatkan di Hospital Sultanah Bahiyah dan Hospital Alor Setar sebelum ini akan dipindahkan secara berperingkat ke hospital ini," katanya menerusi laman Facebooknya sebentar tadi.

Menurutnya, sebagai permulaan, hospital ini boleh menampung sehingga 200 orang pesakit.

Keadaan hospital sementara di Penjara Pokok Sena yang akan memulakan operasinya hari ini. - Foto Facebook Dr Noor Hisham
Keadaan hospital sementara di Penjara Pokok Sena yang akan memulakan operasinya hari ini. - Foto Facebook Dr Noor Hisham

"Perkhidmatan yang disediakan adalah merangkumi perkhidmatan klinikal, wad pesakit, ruang resusitasi untuk menstabilkan pesakit dan juga perkhidmatan perubatan lain," katanya.

Hospital yang dibangunkan dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Penjara turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Jabatan Kerja Raya (JKR), syarikat Konsesi Edgenta, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Air Darul Aman (SADA), Pejabat SUK Negeri Kedah dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah.

"Terima kasih diucapkan kepada semua pihak!," katanya.

Artikel Berkaitan:

Semalam, sebanyak 235 kes daripada 860 penularan dalam negara adalah melibatkan Kluster Penjara Kepayan dan Kluster Tembok.