Polis nafi laluan keluar masuk Petaling Jaya ditutup

IPD Petaling Jaya menafikan penutupan jalan masuk dan keluar ke daerah itu seperti yang ditularkan di media sosial sejak semalam.
IPD Petaling Jaya menafikan penutupan jalan masuk dan keluar ke daerah itu seperti yang ditularkan di media sosial sejak semalam.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis Petaling Jaya menafikan berita yang tular melibatkan penutupan beberapa jalan utama di Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 14 hingga 28 Oktober ini hanya tiga sekatan jalan raya telah dilakukan di jalan masuk dan keluar ke daerah itu.

“Sekatan jalan raya hanya dibuat di Plaza Tol Subang, Plaza Tol Damansara dan juga Plaza Tol Sungai Buloh sahaja, kami tidak pernah menutup jalan-jalan lain seperti yang ditularkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, polis Petaling Jaya kini giat menjalankan penugasan rondaan Aberdeen MPV, Ops Cantas dan penugasan lain bagi meningkatkan kesedaran orang ramai untuk terus memerangi koronavirus (Covid-19).

“Patuhi SOP yang telah ditetapkan termasuk termasuk menghadkan jumlah orang yang berada dalam kenderaan seperti yang disarankan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan hanya keluar rumah bila perlu,” katanya.

Sebelum ini, tular berita di media sosial kononnya semua jalan keluar masuk ke Petaling Jaya iaitu di Damansara, Ara Damansara, Plaza Tol NPE akan ditutup dan pergerakan kenderaan memerlukan permit polis dan surat majikan bagi mereka yang bekerja.

Artikel Berkaitan: