Gesa buka semula Taman Negara Pahang

Mohd Sharkar menyampaikan sijil kepada lapan pemandu pelancong alam sekitar Janda Baik yang juga ahli SATJB pada Majlis Pelancaran SATJB dan Projek Eko Pelancongan Berasaskan Komuniti Kampung Janda Baik, Bentong semalam.
Mohd Sharkar menyampaikan sijil kepada lapan pemandu pelancong alam sekitar Janda Baik yang juga ahli SATJB pada Majlis Pelancaran SATJB dan Projek Eko Pelancongan Berasaskan Komuniti Kampung Janda Baik, Bentong semalam.
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan negeri meminta agar pihak berkaitan mengkaji semula arahan penutupan Taman Negara Negeri Pahang bagi membolehkan 333 pengusaha utama eko pelancongan di lokasi tersebut beroperasi semula.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, ia kerana negeri Pahang khususnya Taman Negara bukan berada di bawah zon Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurutnya, kerajaan negeri akan berhubung dengan kerajaan Persekutuan bagi mengemukakan bantahan arahan tersebut.

"Sepatutnya hanya pengunjung dari zon merah atau PKPB yang tidak dibenarkan sebaliknya pelancong setempat dan dalam negeri atau zon hijau, tiada masalah.

"Kita juga ada terima memorandum daripada sebuah persatuan memohon agar mereka dapat beroperasi semula dalam tempoh yang berbaki kira-kira sebulan lebih sebelum lokasi itu ditutup kembali pada Disember ini kerana musim tengkujuh," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Persatuan Sahabat Alam Tampik Janda Baik (SATJB) dan Projek Eko Pelancongan Berasaskan Komuniti Kampung Janda Baik, Bentong, di sini semalam.

Mohd Sharkar melancarkan Junior Renjer SATJB yang bertujuan menjadikan kanak-kanak berusia enam dan 13 tahun sebagai sahabat cilik eko pelancongan Janda Baik, semalam.
Mohd Sharkar melancarkan Junior Renjer SATJB yang bertujuan menjadikan kanak-kanak berusia enam dan 13 tahun sebagai sahabat cilik eko pelancongan Janda Baik, semalam.

Hadir sama, Pengurus Besar Tourism Pahang, Datuk Ishak Mokhtar dan Pengarah Pejabat Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang (MOTAC), Datuk Edrus Yahya.

Artikel Berkaitan:

Mohd Sharkar berkata, Pahang tidak terlibat dengan PKPB sebaliknya berada dalam zon hijau justeru tidak wajar lokasi tumpuan pelancong itu ditutup.

"Saya difahamkan ada hotel terpaksa menanggung kerugian apabila pelancong batalkan tempahan," katanya.

Kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kesejahteraan Kampung (JKKK) Kuala Tahan, Abdul Jalil Abd Rahman dilaporkan berkata, arahan penutupan itu menyebabkan pengusaha pelancongan di kawasan berkenaan hilang mata pencarian dan menjejaskan pendapatan kerajaan serta penduduk.

Beliau yang mewakili Persatuan Pengusaha Pelancongan Kuala Tahan berkata, 333 daripada pemain utama industri pelancongan di Taman Negara itu terdiri daripada 170 pemandu pelancong, 78 pengusaha bot di Sungai Tahan, 30 pengusaha bot di Sungai Tembeling, 17 agensi pelancongan dan 38 pengusaha penginapan.

Jumlah itu katanya, tidak termasuk pengusaha sokongan lain seperti pengusaha penyajian makanan, pembekal, peruncit dan lain-lain sektor yang bergantung harap kepada bidang pelancongan sebagai sumber pendapatan utama mereka.