Lelaki maut tersangkut di jejambat, isteri parah

Keadaan kenderaan yang dinaiki mangsa remuk selepas terbabit dalam kemalangan di jejambat Jalan Kapayan berhampiran KKIA, Kota Kinabalu malam tadi.
Keadaan kenderaan yang dinaiki mangsa remuk selepas terbabit dalam kemalangan di jejambat Jalan Kapayan berhampiran KKIA, Kota Kinabalu malam tadi.
A
A
A

KOTA KINABALU - Lelaki maut apabila kenderaan dipandunya terbabas dan jatuh dari laluan jejambat dalam kejadian di Jalan Kapayan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, Jafri @ Jeffrey Pelasin, 51, ditemui dalam keadaan tersangkut pada tembok jejambat dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Isterinya, Helen Majain, 35, yang dipercayai terjatuh bersama kenderaan yang dinaiki dari jejambat berkenaan mengalami kecederaan parah serta dirawat di Hospital Queen Elizabeth (HQE) II.

Difahamkan, pasangan suami isteri itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka bagaimanapun sebaik tiba di lokasi, kenderaan yang dipandu mangsa hilang kawalan secara tiba-tiba dan merempuh penghadang besi jalan yang berada di sebelah kiri jalan menghala ke Putatan.

Akibat kejadian itu, mangsa tercampak keluar dari kenderaan dan tersangkut di tepi jejambat menghala ke Putatan manakala isterinya bersama kenderaan yang dinaiki terjatuh dan terbalik di bawah jejambat terbabit.

Kenderaan yang dinaiki mangsa terjatuh dari atas jejambat Jalan Kapayan berhampiran KKIA, Kota Kinabalu malam tadi.
Kenderaan yang dinaiki mangsa terjatuh dari atas jejambat Jalan Kapayan berhampiran KKIA, Kota Kinabalu malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan berhubung kemalangan itu.

"Kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Saga dan dipercayai terbabas sendiri sebelum melanggar tembok jalan dan terjatuh ke bawah 'flyover' KKIA.

Artikel Berkaitan:

"Pemandu lelaki dilaporkan meninggal dunia di lokasi manakala isterinya telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi pagi ini.

Habibi berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.