X

Kindly register in order to view this article
!

Cubaan ceroboh Hutan Simpan Bukit Kinta gagal

Jengkaut yang ditemui dalam zon sempadan Perak-Pahang.
A
A

IPOH - Cubaan sindiket peneroka haram untuk menceroboh Hutan Simpan Bukit Kinta di sempadan Perak-Pahang digagalkan anggota penguat kuasa Jabatan Perhutanan Perak di sini kelmarin.

Serbuan berkenaan hasil maklumat dan risikan selepas anggota penguat kuasa menemui satu laluan di Kompartmen 212 sejauh 600 meter melalui jalan kebun bunga di Cameron Highlands.

Jabatan Perhutanan Perak dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menemui sebuah jengkaut yang terletak kira-kira 900 meter dalam zon sempadan itu.

“Ketika serbuan, pemandu jentera tersebut telah melarikan diri. Mesin itu telah disita dan diletakkan di stor rampasan untuk tindakan dan siasatan lanjut.

“Dengan penemuan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Tanah Rata,” menurut kenyataan tersebut.

Laluan yang digunakan sindiket untuk menceroboh Hutan Simpan Bukit Kinta di Perak.
Laluan yang digunakan sindiket untuk menceroboh Hutan Simpan Bukit Kinta di Perak.

Jabatan Perhutanan Perak berkata, pihaknya akan menyiasat dan menangkap suspek yang disyaki terlibat dalam sindiket berkenaan.

“Sindiket ini menceroboh sempadan negeri dan menjalankan aktiviti penerokaan secara haram bagi tujuan pertanian.

“Kesalahan itu boleh didakwa di bawah Seksyen 81(1)(e) dan Seksyen 47 Akta Perhutanan Negara 1984,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!