Tiada pesakit Covid-19 kunjungi Mydin Meru Raya

Pihak Mydin mengeluarkan penafian menerusi Facebook rasmi mereka bahawa tiada pesakit Covid-19 yang mengunjungi Pasar Raya Besar Mydin Meru Raya seperti yang tular di media sosial.
Pihak Mydin mengeluarkan penafian menerusi Facebook rasmi mereka bahawa tiada pesakit Covid-19 yang mengunjungi Pasar Raya Besar Mydin Meru Raya seperti yang tular di media sosial.
A
A
A

IPOH - Mydin Mohamed Holding Berhad membuat laporan polis mengenai maklumat palsu kononnya seorang lelaki yang dilaporkan positif Covid-19 telah berkunjung ke Pasar Raya Besar Mydin Meru Raya, di sini.

Menerusi satu kenyataan di dalam Facebook rasmi syarikat tersebut, pihaknya merujuk perkara tersebut kepada pihak Kementerian Kesihatan serta Jabatan Kesihatan Perak yang kemudian memaklumkan bahawa tiada arahan siasatan daripada pihak kementerian berhubung maklumat tular itu.

Justeru itu, pihak Mydin menggesa orang awam agar tidak menimbulkan kegusaran awam dengan menyebarkan berita tidak benar dan palsu.

"Pelanggan digalakkan menyemak segala maklumat yang sahih melalui portal Kementerian Kesihatan Malaysia atau talian hotline Polis Diraja Malaysia.

"Mydin mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Kami juga memastikan kesihatan serta keselamatan pelanggan dan kakitangan menjadi keutamaan," katanya menerusi kenyataan tersebut.

Beberapa hari lalu, satu mesej tular di laman sosial mengatakan seorang lelaki yang dilaporkan positif Covid-19 telah ke pasar raya tersebut sebelum dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti wabak tersebut.

Artikel Berkaitan: