X

Kindly register in order to view this article
!

Noh bantu 11 mangsa fenomena air pasang besar

Noh memuat naik status di Facebook berhubung penyampaian sumbangan kepada mangsa fenomena air pasang besar di Kampung Bagan Pasir, Tanjong Karang hari ini.
A
A

TANJONG KARANG - Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar menyampaikan sumbangan kepada 11 mangsa yang terjejas berikutan fenomena air pasang besar di Kampung Bagan Pasir di sini hari ini.

Noh berkata, penyampaian sumbangan itu disampaikan Ketua Cawangan UMNO Bagan Pasir, Kamarudin Sarap dan Ketua UMNO Cawangan Tanjong Karang Selatan, Mohamad Fadzlisham Ramli.

"Saya sepatutnya turun padang menyampaikan sumbangan kepada 11 keluarga di Kampung Bagan Pasir yang rumah mereka dilanda banjir, tapi di saat akhir saya terpaksa menghadiri satu mesyuarat di Kuala Lumpur," katanya yang memuat naik status di Facebook beliau hari ini.

Noh berkata, beliau berterima kasih atas keprihatinan kedua-dua pemimpin UMNO cawangan yang menjalankan tanggungjawab dan amanah diberikan.

"Kepada ahli-ahli keluarga terlibat saya harap mereka bersabar menghadapi cabaran ini," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!