Kritikan A Kadir jujur tanpa prejudis

Khairul Faizi
Khairul Faizi
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pas Johor menyifatkan kritikan Penasihat Media Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin terhadap beberapa Menteri Kabinet dilakukan secara jujur tanpa prejudis.

Timbalan Pesuruhjayanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, kritikan tersebut diharap dapat membuka minda rakyat yang semakin kecewa dengan pemerintah sedia ada.

"Rakyat sebenarnya sudah semakin kecewa dengan Kerajaan PH termasuklah mereka yang selama ini berjuang bermati-matian bagi memenangkan parti itu pada PRU14," katanya kepada Sinar Harian.

Khairul Faizi berkata, walaupun tidak disebut secara spesifik, dapat dilihat betapa ramainya Menteri Kabinet yang diklasifikasikan oleh A Kadir sebagai berprestasi buruk.

"Selain janji tidak ditunaikan beliau juga memberikan contoh sikap Menteri yang sudah jauh berubah ketika menjadi pembangkang sebelum ini.

"Apabila sudah menjadi kerajaan, mereka mengamalkan birokrasi, menjauhkan diri dan tidak mesra, malah ada yang bergaduh dengan penyokong sendiri," katanya.

Beliau berkata, A Kadir juga melihat sendiri bagaimana sikap Menteri dan Timbalan Menteri yang hanya duduk di meja kenamaan tanpa bercampur gaul dengan masyarakat ketika kempen PRK Cameron Highlands.

"Saya melihat bahawa prestasi buruk ini bukan lagi perkara rahsia, namun ia sudah tidak dapat dibendung lagi.

Artikel Berkaitan:

"Buruknya prestasi mereka sehinggakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri terpaksa menegur berkali-kali secara terbuka," katanya.