Kilang besi meletup, enam pekerja cedera

Keadaan kilang selepas dapur melebur besi meletup dalam kejadian di Kawasan Perindustrian Prai, Butterworth petang tadi.
Keadaan kilang selepas dapur melebur besi meletup dalam kejadian di Kawasan Perindustrian Prai, Butterworth petang tadi.
A
A
A

BUTTERWORTH - Enam pekerja kilang besi di Kawasan Perindustrian Prai di sini cedera apabila sebuah dapur melebur besi meletup dalam kejadian petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada jam 4.28 petang sebelum sepasukan anggota ke lokasi kejadian bagi melakukan pemeriksaan.

Sebaik tiba di lokasi kejadian katanya, pihaknya mendapati berlaku kebakaran dan letupan sebuah dapur meleburkan besi di dalam kawasan bangunan jenis struktur binaan besi bertingkat dengan anggaran keluasan 50 x 50 kaki persegi.

Keadaan kilang selepas dapur melebur besi meletup dalam kejadian di Kawasan Perindustrian Prai, Butterworth petang tadi.
Keadaan kilang selepas dapur melebur besi meletup dalam kejadian di Kawasan Perindustrian Prai, Butterworth petang tadi.

"Kebakaran menyebabkan hampir 30 peratus kawasan kilang musnah yang melibatkan dapur melebur besi dan struktur.

"Kebakaran dapur tersebut telah dipadamkan oleh pekerja dan pasukan bomba membuat 'cooling' bahan cecair yang masih dalam keadaan panas," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Menurut jurucakap itu, letupan berkenaan telah mengakibatkan enam orang cedera ringan dan kesemua mereka telah dibawa ke hospital oleh pihak syarikat bagi mendapatkan rawatan.

Artikel Berkaitan: