Seorang staf TH Kuala Lumpur positif Covid-19

TH mengesahkan seorang kakitangannya di Ibu Pejabat TH, Jalan Tun Razak positif Covid-19. - Foto Malaysian Reserve
TH mengesahkan seorang kakitangannya di Ibu Pejabat TH, Jalan Tun Razak positif Covid-19. - Foto Malaysian Reserve
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan seorang kakitangan Lembaga Tabung Haji (TH) di Ibu Pejabat TH, Jalan Tun Razak di sini didapati positif Covid-19.

TH dalam kenyataannya hari ini mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan bahawa kakitangan berkenaan sedang menjalani rawatan di hospital.

“Anggota tersebut telah menjalani saringan Covid-19 pada 19 Oktober dan didapati positif pada 20 Oktober lalu.

“Berdasarkan penilaian risiko yang dilakukan oleh KKM, kakitangan yang dikenal sebagai pasti kontak rapat dengan pegawai tersebut telah diarahkan untuk menjalani ujian saringan serta menjalani kuarantin selama 14 hari,” menurut kenyataan tersebut.

TH turut memaklumkan bahawa kerja-kerja sanitasi dan langkah pencegahan akan dilaksanakan sesuai dengan nasihat daripada KKM bagi meminimumkan potensi jangkitan kepada staf dan pendeposit yang berurusan di kaunter TH.

TH turut menasihati orang awam khususnya para pendeposit yang berurusan di bangunan pejabat TH di seluruh negara untuk sentiasa mematuhi semua garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di semua pintu masuk dan kaunter TH.

Artikel Berkaitan: