'Tutup premis atas inisiatif sendiri'

Mesej tular mendakwa terdapat Kluster Menara TM di Terengganu.
Mesej tular mendakwa terdapat Kluster Menara TM di Terengganu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menafikan dakwaan wujudnya kluster Menara (TM) di negeri ini sebagaimana tular dalam mesej WhatsApp sejak semalam.

Pengarahnya, Dr Nor Azimi Yunus berkata, penutupan premis itu atas inisiatif sendiri pihak pengurusan bagi mengelak penularan Covid-19 di lokasi lain di seluruh negara.

“Kita tidak mengeluarkan arahan untuk menutup premis di Terengganu sebaliknya mereka ambil inisiatif untuk tutup sendiri premis berkenaan termasuk di negeri ini kerana ada kes berkait dengan Kluster Menara Selangor,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Terdahulu, tular menerusi WhatsApp mengatakan kesemua premis TM di negeri ini termasuk TM Medan Jaya, Jalan Pusara, Jalan Air Jernih, Jalan Sultan Ismail (termasuk TM Point) bermula hari ini sehingga 30 Oktober 2020 disebabkan wujud Kluster Menara TM.

Terdahulu, dua kakitangan TM di Menara TM ONE Damansara serta di pejabat Kepayan di Kota Kinabalu, Sabah disahkan positif Covid-19.

Susulan itu, TM mengaktifkan aturan 'Bekerja Dari Rumah (WFH)' membabitkan semua kakitangannya di seluruh negara sehingga 31 Oktober ini.

Artikel Berkaitan: