X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

Tiga lelaki terlibat kes curi, pecah kereta ditahan

Antara barang-barang yang dirampas daripada tiga suspek kes curi dan pecah kereta sekitar Johor Bahru Selatan baru-baru ini.
A
A

JOHOR BAHRU - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan menahan tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia kerana terlibat dalam kes curi dan pecah kereta sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, tiga suspek tersebut daripada dua kumpulan penjenayah yang berbeza tetapi melakukan jenayah sama.

Katanya, suspek berusia 32 hingga 42 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan dari jam 6 petang hingga 11.30 pagi, Jumaat dan Ahad lalu.

"Tangkapan warga tempatan dilakukan di Taman Maju Jaya dan Taman Pelangi manakala tangkapan warga asing di Taman Mount Austin.

"Daripada tangkapan itu polis menemui pelbagai barang curi hasil kegiatan pecah cermin kereta," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, tangkapan semua suspek tersebut berjaya menyelesaikan 10 kes pecah cermin kereta sekitar daerah Johor Bahru Selatan.

Hasil semakan, katanya, mendapati dua suspek warga tempatan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah dan dadah manakala suspek warga asing itu tidak mempunyai sebarang rekod.

Katanya, suspek tempatan direman selama tiga hari manakala suspek warga asing selama 14 hari bagi membantu siasatan.

Tambahnya, kes disiasat bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri, jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pihaknya masih menyiasat sekiranya terdapat saki baki anggota kumpulan tersebut dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian jenayah agar menyalurkannya menerusi talian hot line IPD Johor Bahru Selatan 07-2182323.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!