Covid-19: 26 kluster aktif di Selangor

Kes Covid-19 mengikut mukim di Selangor.
Kes Covid-19 mengikut mukim di Selangor.
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 26 kluster koronavirus (Covid-19) yang aktif dikesan di dalam tempoh tiga minggu di Selangor.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 18 kluster aktif adalah merupakan kluster jangkitan tempatan, manakala lapan kluster mempunyai kaitan dengan pengembara pulang dari Sabah.

"Enam kluster terbaru yang dilaporkan sejak 11 Oktober lalu adalah berkaitan dengan jangkitan tempatan," katanya.

Menurutnya, sembilan daripada 26 kluster mempunyai kaitan yang amat rapat dengan perebakan di tempat kerja.

"Satu kluster dikaitkan dengan tempat membeli-belah awam," katanya.

Beliau berkata, situasi itu berikutan kepadatan penduduk dan kadar pergerakan yang tinggi dalam kalangan penduduk Selangor dan pengunjung di negeri itu.

"Dengan pertambahan 132 kes positif hari ini, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Selangor adalah 3,489 kes," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, peningkatan kes penularan tempatan di negeri itu mula dilihat pada 2 Oktober dan meningkat secara konsisten sehingga ke hari ini.

Artikel Berkaitan:

"Kluster pertama di Selangor dalam gelombang ketiga ini adalah Kluster Jalan Apas yang dilaporkan pada 28 September lalu di mana ia melibatkan keluarga yang pulang dari Sabah," katanya.

[LIVE] Sidang media harian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

[LIVE] Sidang media harian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berhubung perkembangan terkini Covid-19 di Malaysia

Posted by Sinar Harian on Tuesday, October 20, 2020