Rumah di Sri Terengganu terbakar, dua lelaki melecur

Anggota bomba terlibat dalam kerja memadam kebakaran sebuah unit di Perumahan Awam Sri Terengganu, Kuala Lumpur hari ini. Keadaan bilik yang terbakar di PA Sri Terengganu, Kuala Lumpur hari ini.) - Foto Facebook DBKL
Anggota bomba terlibat dalam kerja memadam kebakaran sebuah unit di Perumahan Awam Sri Terengganu, Kuala Lumpur hari ini. Keadaan bilik yang terbakar di PA Sri Terengganu, Kuala Lumpur hari ini.) - Foto Facebook DBKL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua lelaki melecur kira-kira lima peratus pada badan dan kaki dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Perumahan Awam Sri Terengganu, Jalan Sentul di sini hari ini.

Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul, Pegawai Bomba Kanan II Othman Abu Bakar berkata, dalam kejadian pada jam 11.38 pagi itu, kedua-dua mangsa dibawa ke hospital untuk diberikan rawatan susulan.

"Kebakaran melibatkan bilik berkeluasan 100 kaki persegi di tingkat dua yang terbakar sebanyak 80 peratus itu dapat dikawal pada jam 11.43 pagi dan api dipadamkan sepenuhnya 13 minit kemudian.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan forensik bomba," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Unit Media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi satu kenyataan di Facebook hari ini berkata, Skuad Penyelamat telah memberikan bantuan awal kepada empat mangsa terlibat termasuk dua yang cedera.

"Skuad Penyelamat membantu memindahkan mangsa ke dewan persatuan penduduk berhampiran dan menyediakan sebuah unit transit sebagai penempatan sementara," katanya.

Artikel Berkaitan: