X

Kindly register in order to view this article
!

Ronald terima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura

Ronald Kiandee (dua dari kiri) bersama Vanu Gopala Menon, Ahmad dan Haslina ketika kunjungan di Wisma Tani, Putrajaya semalam.
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon di Wisma Tani di sini semalam.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua pihak membincangkan kerjasama dalam sekuriti makanan.

Menurut kenyataan itu, hubungan rapat Malaysia serta Singapura jelas terbukti ketika rantau ini dilanda wabak koronavirus (Covid-19).

“Malaysia dan Singapura mempunyai hubungan dua hala yang telah dijalinkan sekian lama termasuk dalam sektor perdagangan.

Ronald Kiandee (kanan) menyampaikan buah naga sebagai cenderahati kepada Vanu Gopala ketika kunjungan di Wisma Tani, Putrajaya semalam.
Ronald Kiandee (kanan) menyampaikan buah naga sebagai cenderahati kepada Vanu Gopala ketika kunjungan di Wisma Tani, Putrajaya semalam.

“Turut dipersetujui pada kunjungan hormat itu ialah persidangan video antara Ronald dengan Menteri Kelestarian dan Alam Sekitar Singapura, Grace Fu yang akan diadakan dalam masa terdekat,” kata kenyataan berkenaan.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Haslina Abdul Hamid.

Ketika lawatan itu, Vanu Gopala diiringi Setiausaha Pertama Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Navjote Singh Sachdev.

Sementara itu, kenyataan turut menyebut, hubungan dua hala dalam sektor perdagangan termasuk berkaitan pertanian memihak kepada Malaysia dengan jumlah perdagangan pertanian antara kedua-dua negara adalah RM14.96 bilion pada 2019, selain RM14.24 bilion (2018), RM14.33 bilion (2017) dan RM13.94 bilion (2016).

Vanu Gopala menandatangani buku pelawat ketika kunjungan ke Kementerian Pertanian dan Industri Makanan di Wisma Tani, Putrajaya semalam.
Vanu Gopala menandatangani buku pelawat ketika kunjungan ke Kementerian Pertanian dan Industri Makanan di Wisma Tani, Putrajaya semalam.

“Daripada jumlah perdagangan pertanian kedua-dua negara itu, Malaysia berjumlah RM8.96 bilion pada 2019, berbanding RM7.93 bilion pada 2018, RM8.29 bilion pada 2017 dan RM8.08 bilion pada 2016,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!