Selamat berangkat Tuanku!

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Lebih 10,000 rakyat jelata mengiringi keberangkatan Yang DiPertuan Agong, Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah ibni Sultan Ahmad Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Istana Negara ke kuala Lumpur, hari ini.

Seawal jam 6.30 pagi orang ramai kelihatan memenuhi pengkalan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi menanti ketibaan baginda berdua yang tiba kira kira jam 7.40 pagi.

Ketibaan kenderaan baginda disambut laungan Daulat Tuanku oleh rakyat jelata serta kibaran bendera negeri Pahang dan Malaysia oleh rakyat jelatan termasuk para pelajar sekolah rendah dan menengah yang berada di samping jalan.

Baginda diiringi Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Al Haj Sultan Ahmad Shah dan Che Puan Muda Pahang, Julita Aisyah serta Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan isteri, Datin Seri Burhah Mohammed.

Menyusul selepas itu adalah tembakan Meriam Kehormatan sebanyak 21 das dan nyanyian lagu Negaraku.

No Image Caption

Acara perbarisan sempena memuliakan istiadat keberangkatan baginda kemudiannya disempurnakan oleh Kawalan Kehormatan Utama TUDM dengan Tuanku Al Sultan Abdullah memeriksa kawalan perbarisan tersebut.

Mereka terdiri daripada empat pegawai dan 100 anggota lain-lain pangkat diketuai Mejer Abdul Nasir Abdul Majid dibantu Kapten Nor Amin Md Napiah. Pegawai panji-panji Agong TUDM dan panji-panji No 10 Squadron adalah Leftenen Mohd Irshad Ismail Ismail dan SMR Panji-Panji oleh Pegawai Waran Udara 1, Nurul Imran Abu Said.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Perbarisan diiringi pasukan Pancaragam Pusat TUDM, Kuala Lumpur dengan seorang pegawai dan 60 anggota di bawah pimpinan Mejer Mohd Salleh Wahab.

Usai pemeriksaan, baginda Al Sultan diiringi ke pentas utama bagi upacara bacaan doa ke atas baginda agar perjalanan keduanya dirahmati dan blindingi ALLAH SWT.

Bacaan doa diketuai oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Othman disusuli upacara Hotmat Diraja dengan laungan lagu Negaraku.

Baginda berdua kemudiannya diiringi para pembesar dan kaum kerabat menaiki jip mengelilingi sekitar tapak berlepas bagi menyantuni dan melambai rakyat jelata.

No Image Caption

Keberangkaran Tuanku ke Istana Negara adalah bagi memikul tanggungjawab sebagai ketua negara selama tempoh lima tahun akan datang.

Seakan tidak sanggup berjauhan dan melepaskan pergi, rakyat jelata mengerumuni tapak pelepasan dan pesawat baginda berdua untuk melihat keberangkatan Tuanku secara dekat.

Baginda berdua yang sememangnya kasih akan rakyat jelata sentiasa menyantuni hadirin dengan tidak putut-putus melambaikan tangan dan ciuman layang.

Meskipun sayu dengan pemergian baginda ke Kuala Lumpur, namun rakyat jelata berbangga dan bersatu hati memenuhi perkarangan pengkalan udara bagi mengiringi keberangkatan pergi baginda berdua.

Pesawat kelihatan berlepas kira-kira jam 8.34 pagi. Selamat berangkat Tuanku!

No Image Caption