X

Kindly register in order to view this article
!

Empat murid ditahan kes penggal kepala guru

Seorang wanita memegang gambar guru lelaki yang kepalanya dipenggal dalam satu perhimpunan bagi memperingati kematiannya di Lille, Perancis pada Ahad lalu. - Foto AFP
A
A

PARIS - Empat murid ditahan oleh polis Perancis semalam kerana disyaki membantu seorang lelaki memenggal kepala seorang guru sejarah, kata satu sumber keadilan negara itu.

Menurut sumber itu, mereka ditahan kerana membantu mengenal pasti guru tersebut bagi mendapatkan wang daripada lelaki berkenaan.

Mereka merupakan antara 15 orang yang ditahan berhubung kejadian tersebut.

Salah seorangnya sebelum ini disabitkan dengan kesalahan melakukan jenayah berkaitan dengan keganasan dan mengaku mempunyai hubungan dengan lelaki yang membunuh guru berkenaan, Samuel Paty kerana menunjukkan gambar kartun Nabi Muhammad SAW di dalam kelasnya, kata sumber berkenaan.

Ibu bapa lelaki itu, adiknya dan datuk pembunuh tersebut telah ditahan pada hujung minggu lalu masih kekal berada di dalam tahanan.

Antara yang ditahan ialah seorang individu Islam yang dikenali sebagai radikal termasuk bapa salah seorang anak murid Paty yang melancarkan satu kempen bagi menyingkirkannya daripada sekolah tersebut.

Seorang lagi individu turut ditahan kerana disyaki memandu pembunuh tersebut dan seorang lagi kerana menemaninya membeli salah satu senjatanya.

Paty dibunuh semasa beliau dalam perjalanan pulang dari sekolah yang menjadi tempatnya mengajar di barat laut Paris pada Jumaat lalu.

Sekeping gambar guru itu dan mesej mengenai pengakuan pembunuhan tersebut ditemui di dalam telefon bimbit seorang remaja lelaki Chechen, Abdullakh Anzorov berusia 18 tahun yang kemudian mati ditembak polis. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!