Trump sedia keluarkan Sudan daripada senarai penaja keganasan

Gambar fail menunjukkan kemusnahan akibat satu serangan bom di Kedutaan Amerika Syarikat di Dar es Salam, Tanzania pada tahun 1998. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan kemusnahan akibat satu serangan bom di Kedutaan Amerika Syarikat di Dar es Salam, Tanzania pada tahun 1998. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam menyatakan beliau bersedia untuk mengeluarkan Sudan daripada senarai negara menaja keganasan selepas tercapainya satu perjanjian pampasan berhubung kejadian serangan yang berlaku pada masa lepas antara kedua-dua pihak.

"Pada akhirnya, keadilan untuk warga Amerika dan langkah besar bagi Sudan!" kata Trump menerusi Twitter.

Trump berkata, kerajaan peralihan Sudan telah bersetuju membiayai pakej sebanyak AS$335 juta (RM1.3 bilion) sebagai pampasan kepada mangsa-mangsa serangan AS dan keluarga mereka.

"Selepas wang itu didepositkan, saya akan mengeluarkan Sudan daripada senarai negara yang menaja keganasan," kata Trump.

Sudan merupakan salah sebuah daripada empat negara yang disenaraikan sebagai penaja keganasan bersama Iran, Korea utara dan Syria.

Senarai itu menghalang pembangunan ekonomi dan menyebabkan sejumlah pelabur asing bersedia untuk melarikan diri daripada terbabit dengan undang-undang AS berhubung dengan keganasan.

Selama bertahun-tahun Sudan meminta ia dikeluarkan daripada senarai tersebut.

Ia disenaraikan sebagai negara menaja keganasan sejak bekas pemimpin Sudan, Omar al-Bashir mengalu-alukan kedatangan pengasas Al-Qaeda, Osama bin Laden pada tahun 1990-an.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, perubahan kepimpinan berlaku di negara tersebut apabila Bashir disingkirkan dan sebuah kerajaan peralihan kemudian diwujudkan.

Ketika Trump mempunyai kuasa untuk mengeluarkan Sudan sebagai negara yang menaja keganasan, pihak pentadbiran termasuk wakil rakyat AS berusaha mewujudkan satu pakej yang boleh memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa dan keluarga dalam kejadian serangan bom di kedutaan Amerika pada tahun 1998 di Kenya serta Tanzania. - AFP