Klopp teruja berdepan Ajax

Klopp memberikan arahan kepada pemain Liverpool pada sesi latihan. - Foto Liverpool FC.com
Klopp memberikan arahan kepada pemain Liverpool pada sesi latihan. - Foto Liverpool FC.com
A
A
A

PENGENDALI Liverpool begitu teruja dengan kunjungan skuad The Reds itu ke Amsterdam (Johan Cryuff) Arena bagi mengharungi aksi Liga Juara-juara berdepan Ajax Amsterdam awal pagi nanti.

Klopp berkata, beliau turut menjangkakan aksi sengit berdepan gergasi bola sepak Belanda itu berikutan kedua-dua pasukan pasti mahu mengulangi kejayaan dalam saingan piala paling berprestij dalam arena bola sepak Eropah itu.

Menurut Klopp, beliau tambah teruja dengan pertemuan berkenaan setelah kali terakhir berdepan Ajax 12 September 2018 lalu di Signal Iduna Park, ketika mengendalikan Borussia Dortmund.

“Kali terakhir saya berdepan dengan pasukan ini (Ajax) adalah lapan tahun lalu ketika saya masih lagi pengurus Dortmund dan kami menang 1-0.

“Kini setelah lapan tahun, saya tidak sabar untuk berdepan semula dengan Ajax dan mengulangi kejayaan berkenaan,” katanya.

Sebahagian kesebelasan Liverpool. - Foto AFP
Sebahagian kesebelasan Liverpool. - Foto AFP

Sementara itu Klopp berkata, Ajax dilihat telah banyak melakukan perubahan pada pasukan berkenaan dengan membawa masuk pemain-pemain berpengalaman bagi memantapkan pasukan berkenaan kali ini.

Justeru, katanya, pihaknya telah membuat analisis bagi membantu skuad kendaliannya itu melakar kejayaan ketika berdepan Ajax nanti.

Artikel Berkaitan:

“Analisis ini belum lagi bermula dan ia bukan berada dengan saya. Saya juga akan adakan mesyuarat berhubung analisis ini supaya kami mendapat info lanjut tetapi secara umumnya, bagi saya perlawanan (dengan Ajax) ini ibarat perlawanan besar di peringkat Eropah.

“Ajax telah pun melakukan perubahan dengan membawa masuk pemain-pemain berpengalaman seperti (Daley) Bind, (Dusan) Tadic, (Quincy) Promes, (Davy) Klaassen dan pemain-pemain ini akan digandingkan dengan pemain-pemain muda berbakat besar,” katanya.