X

Kindly register in order to view this article
!

Lebih 30 juta rakyat AS mengundi

Lebih 30 juta rakyat Amerika Syarikat (AS) sudah mengundi dalam pilihan raya presiden tahun ini, kira-kira lima kali ganda jumlah undi untuk tempoh sama pada 2016. Foto: Sumber internet
A
A

WASHINGTON - Lebih 30 juta rakyat Amerika Syarikat (AS) sudah mengundi dalam pilihan raya presiden tahun ini, kira-kira lima kali ganda jumlah undi untuk tempoh sama pada 2016, lapor agensi berita Sputnik

"Sebanyak 30,242,866 undi diterima berdasarkan laporan negeri-negeri," menurut laman web projek pilihan raya AS, pada Isnin memetik data rasmi negeri.

Pentadbir laman web itu, Profesor Michael McDonald dari Universiti Florida berkata, pada tempoh perbandingan pada 2016, hanya 5.9 juta undi diterima.

Laporan itu menyatakan, jumlah keluar mengundi ketika ini adalah 21.7 peratus dan pada pilihan raya 2016 sebanyak 139 juta rakyat mengundi.

Menurut laporan pada 4 Oktober lalu, Profesor itu meramalkan 150 juta akan keluar mengundi, jumlah tertinggi sejak 1908.

McDonald memetik data langsung daripada sistem pilihan raya lebih 30 negeri yang membenarkan undian awal.

-Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!