Guru mahu pinjam RM10,000 tapi rugi RM105,461

AIBEE ABDUL GHANI
AIBEE ABDUL GHANI
A
A
A

JEMPOL - Gara-gara mahu mendapatkan pinjaman RM10,000, seorang guru wanita kerugian RM105,461 apabila diperdaya dengan skim pinjaman tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Abd Ghani berkata, mangsa berusia 36 tahun dari Bahau itu tertipu selepas tertarik dengan satu pautan di Facebook iaitu 'Rakan Mas Credit Finance' pada 24 Ogos lalu.

"Mangsa telah bersetuju untuk membuat pinjaman sebanyak RM10,000 dan telah menghantar salinan kad pengenalan dan penyata gaji menerusi WhatsApp kepada nombor yang tertera.

"Selepas menyerahkan dokumen diberi, mangsa diberitahu bahawa pinjamannya telah lulus dan perlu membuat bayaran pemprosesan," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, mangsa yang akur telah membuat bayaran secara dalam talian kepada 12 nombor akaun bank yang berbeza dan transaksi dilakukan sebanyak 30 kali dengan jumlah keseluruhan RM105,461.

Bagaimanapun katanya, mangsa mula menyedari ditipu selepas suspek kerap memintanya untuk memasukkan wang ke dalam nombor akaun diberi.

"Mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Bahau semalam dan hasil siasatan awal mendapati, mangsa telah diperdaya dengan skim pinjaman tidak wujud melalui Facebook," katanya.

Artikel Berkaitan: