Nak beli Ford Ranger tapi kena tipu

Seorang kontraktor kerugian RM14,412 apabila tertipu dalam urusan pembelian kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger Raptor terpakai dari Singapura yang diiklankan melalui Facebook, kelmarin.
Seorang kontraktor kerugian RM14,412 apabila tertipu dalam urusan pembelian kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger Raptor terpakai dari Singapura yang diiklankan melalui Facebook, kelmarin.
A
A
A

KUANTAN- Seorang kontraktor kerugian RM14,412 apabila tertipu dalam urusan pembelian kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger Raptor terpakai dari Singapura yang diiklankan melalui Facebook, kelmarin.

Mangsa berusia 53 tahun tampil membuat laporan polis di Balai Polis Pekan semalam selepas kenderaan yang dibeli itu gagal diserah seperti yang dijanjikan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa melayari laman sosial itu pada 3 Oktober lalu dan melihat satu iklan penjualan kereta terpakai dari Singapura.

Menurutnya, mangsa berminat untuk membeli kenderaan Ford Ranger Raptor yang diiklankan pada harga RM36,000.

"Mangsa kemudian berurusan dengan seorang lelaki (penjual) untuk proses pembelian kenderaan itu sebelum dia diminta mengemukakan gambar kad pengenalan, lesen memandu, salinan sijil syarikat (SSM) dan penyata bank untuk tempoh bulan terkini bagi tujuan pinjaman.

"Mangsa juga diminta membayar RM6,100 untuk wang pendaftaran dan wang pendahuluan selepas bersetuju untuk membeli kenderaan tersebut pada harga yang ditawarkan," katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Mohd Wazir berkata, mangsa membuat bayaran itu pada 5 Oktober lalu melalui dua akaun bank atas nama individu berbeza.

"Pada 6 hingga 7 Oktober lalu, mangsa membuat bayaran tambahan RM8,312 menggunakan akaun syarikat untuk insurans, cukai jalan dan proses tukar nama.

Artikel Berkaitan:

"Selepas semua bayaran dibuat, mangsa dimaklumkan kenderaan itu akan dihantar menggunakan trak tunda," katanya.

Tambah beliau, mangsa diberikan nombor telefon pemandu lori berkenaan untuk dihubungi.

"Mangsa menghubungi pemandu lori berkenaan bertanyakan tentang penghantarannya namun lelaki itu memberi pelbagai alasan apabila kenderaan tersebut gagal dihantar dan diserahkan.

"Syak telah ditipu mangsa membuat laporan polis semalam untuk tindakan lanjut selain bimbang semua dokumen yang diserahkan dalam urusan itu disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab," katanya.

Mohd Wazir berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kenderaan yang ditawarkan itu tidak wujud sebaliknya hanya dijadikan umpan untuk memperdaya mangsa.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan pada masa sama, pihaknya kini sedang mengesan dua pemilik akaun bank yang digunakan dalam kes ini bagi membantu siasatan.