X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki Bangladesh dilibas parang dalam rompakan

Mohd Padzli
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMASKINI] Seorang lelaki warga Bangladesh dilibas dengan parang ketika dirompak di rumahnya di Taman Delima, di sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, semasa kejadian pada jam 5.50 pagi, mangsa berusia 27 tahun itu berada di rumah.

"Semasa kejadian, mangsa nampak empat suspek berada di ruang tamu manakala seorang lagi suspek berada di luar rumah.

"Kemudian berlaku pergelutan dan mangsa mengalami kecederaan di bahagian kiri tapak tangan akibat dilibas dengan parang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, mangsa hanya mengalami kerugian dokumen peribadi miliknya.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menyalurkannya menerusi talian hotline IPD Johor Bahru Selatan 07-2182222.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!