Rakam wajah sendiri tanpa buat apa-apa dapat jutaan 'like'

Tan berjaya meraih jutaan tontonan hanya hasil video tanpa membuat apa-apa dalam aplikasi Tik Tok. - Agensi
Tan berjaya meraih jutaan tontonan hanya hasil video tanpa membuat apa-apa dalam aplikasi Tik Tok. - Agensi
A
A
A

HANOI - Seorang lelaki Vietnam berjaya meraih populariti segera di aplikasi media sosial Tik Tok selepas merakam wajah sendiri tanpa berbuat apa-apa depan kamera telefon pintarnya.

Lelaki pertengahan umur yang dikenali sebagai Anh Tran Tan sudah pun mempunyai 500,000 pengikut dan lebih 7.8 juta tanda 'like' menerusi rakaman video dirinya merenung depan kamera.

Tidak seperti personaliti media sosial (influencer) lain yang terpaksa bekerja keras mencari idea untuk menarik penonton, Tran Tan hanya perlu membuka kamera telefon yang dan merakam mukanya sambil diiringi lagu rancak dari artis-artis tempatan di negara itu.

Terbaru, Tran Tan memuat naik dirinya sedang berehat dia atas buaian gantung sambil diiringi lagu rancak oleh DJ Snake bertajuk 'Loco Contigo', videonya berjaya mencecah 300,000 tontonan.

Puluhan video lain 'tanpa berbuat apa-apa' berjaya meraih hingga jutaan tontonan dalam masa singkat.

Selain Tran Tan, youtuber Indonesia Muhammad Didit pernah tular di media sosial apabila merakamkan dirinya tidak melakukan apa-apa selama berjam-jam lamanya. -Agensi

Artikel Berkaitan: