Tiga lagu jadi peneman perpindahan

Tarian dan nyayian lagu-lagu tradisional Bateq menghidupkan suasana malam mereka sepanjang tempoh perpindahan.
Tarian dan nyayian lagu-lagu tradisional Bateq menghidupkan suasana malam mereka sepanjang tempoh perpindahan.
A
A
A

[LAPORAN KHAS] GUA MUSANG - Perpindahan semula ke dalam hutan oleh masyarakat orang asli suku Bateq ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi makna mereka terpaksa meninggalkan dunia moden di kampung halaman, Kampung Orang Asli Aring 5 di sini.

Jika di kampung rata-rata penghuni sudah memiliki telefon bimbit dan mempunyai televisyen di rumah tetapi semua itu ditinggalkan dalam tempoh hampir dua bulan angkara Covid-19.

Biarpun dalam tempoh itu mereka terputus dengan dunia luar namun ada aktiviti menghidupkan suasana malam mereka.

Tiga lagu klasik orang asli Bateq yang bertajuk Oh Besen, Ulam Betawir dan Angkut-Angkut menjadi siulan penghuni alam bentara yang terletak tujuh kilometer dari perkampungan asal.

Faizal Anjang, 39, yang merupakan penyanyi bagi kumpulan tarian tradisional Sarijam Tanjung berkata, tiga lagu berkenaan merupakan lagu yang berkisarkan tentang aktiviti harian yang dilakukan oleh penduduk kampung.

Oh Besen merupakan lagu yang berkisarkan tentang memanggil seorang penduduk bernama Besen yang memasuki hutan supaya pulang ke rumah.

Ulam Betawir pula berkisarkan tentang ulam-ulaman manakala Angkut-angkut pula merupakan aktiviti mengangkat barangan.

“Biasanya lagu ini dimainkan ketika sambutan pesta bunga atau keramaian seperti sewang,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Kumpulan tarian tradisional Sarijam Tanjung
Kumpulan tarian tradisional Sarijam Tanjung