X

Kindly register in order to view this article
!

Rebut kuasa ketika pandemik Covid-19 terus menular

A
A

AHLI-ahli politik di Malaysia seperti tidak takut mati ketika seluruh dunia sedang berperang dengan wabak koronavirus (Covid-19). Mereka, tidak kiralah pemimpin kerajaan atau pembangkang, lebih mementingkan wang, kuasa dan kedudukan.

Ketika semakin hari semakin ramai yang mati akibat Covid-19, Malaysia pula panas membahang diselubungi situasi kerajaan yang didakwa boleh tumbang pada bila-bila masa. Malaysia kini bukan sahaja digugat virus pembawa maut itu, malah fikiran rakyat pun kacau-bilau dek perkembangan politik yang tidak menentu.

Bermula pada hujung Februari lalu, bagaikan secara kebetulan, kemunculan Covid-19 seiring dengan ketidakstabilan politik negara yang akhirnya menyaksikan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan digantikan Perikatan Nasional (PN).

Bermula dari situ, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa agak rapuh, manakala Covid-19 pula tidak menampakkan akan pulih dalam masa terdekat. Melihat keadaan semakin kurang menyenangkan, Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua rakyat khususnya ahli politik bermuhasabah agar negara tidak sekali lagi diheret ke dalam kancah politik tidak menentu.

Nasihat Seri Paduka Baginda perlulah dipatuhi. Ahli-ahli politik jangan mementingkan agenda politik masing-masing, sebaliknya masalah rakyat mesti didahulukan. Ramai yang hilang kerja dan pendapatan akibat Covid-19. Itulah hakikat yang kita perlu terima. Orang politik mungkin sedar keadaan itu tetapi mereka tetap mahu merebut kuasa. Pendek kata, mereka lebih mementingkan kedudukan sendiri daripada masalah rakyat jelata.

Setakat hari ini, kita tidak nampak bila virus Covid-19 berjaya dibunuh dengan sepenuhnya. Oleh itu, ketepikanlah persengketaan politik. Musuh yang kita hadapi ialah Covid-19 dan masalah sara hidup.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!