Dinafikan hak kerakyatan Jerman kerana enggan salam wanita

Gara-gara enggan berjabat tangan dengan wanita, seorang doktor Muslim dinafikan hak kerakyatan Jerman. Gambar Hiasan.
Gara-gara enggan berjabat tangan dengan wanita, seorang doktor Muslim dinafikan hak kerakyatan Jerman. Gambar Hiasan.
A
A
A

BERLIN - Gara-gara enggan berjabat tangan dengan wanita, seorang doktor Muslim dinafikan hak kerakyatan Jerman.

Warga Lubnan berusia 39 tahun itu hampir menjadi rakyat negara tersebut selepas beliau menetap selama 13 tahun di Berlin dan menghabiskan pengajian perubatan serta lulus ujian kerakyatan dengan jumlah markah tertinggi.

Beliau dianggap gagal serta-merta kerana keengganannya bersalaman dengan seorang pegawai wanita pada satu majlis penyerahan sijil yang berlangsung pada 2015.

Wanita berkenaan dikatakan bertindak menolak permohonannya walaupun beliau sudah menandatangani deklarasi kesetiaan kepada Perlembagaan Jerman dan menentang ekstremisme.

Mahkamah Pentadbiran Baden-Wurttemberg (VGH) mendapati individu yang menolak untuk berjabat tangan kerana nilai dan budaya fundamentalis yang melihat golongan wanita sebagai 'godaan seksual yang berbahaya' jelas menolak penyatuan dalam kehidupan di Jerman.

Bagaimanapun, doktor yang membuat permohonan hak kerakyatan pada 2012 itu menegaskan tindakan tersebut dibuat kerana beliau berjanji kepada isterinya tidak akan bersalaman dengan wanita lain.

Difahamkan, lelaki terbabit membuat rayuan di VGH selepas petisyen dikemukakannya ditolak Mahkamah Pentadbiran Stuttgart.

Pada Sabtu lalu, VGH memaklumkan beliau boleh memfailkan rayuan di Mahkamah Pentadbiran Persekutuan kerana kepentingan asas kes tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: