Misi pasukan perubatan ATM

No Image Caption
A
A
A

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) menerusi Kor Kesihatan Diraja (KKD) telah menubuhkan dua buah pusat rawatan sementara atau hospital medan di Sabah dan Kedah bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membendung penularan koronavirus (Covid-19) yang menunjukkan pertambahan angka.

Dalam tempoh 24 jam, seramai empat pegawai dan 29 anggota yang merupakan kumpulan induk fasa pertama Hospital Medan ATM dari Semenanjung termasuk anggota Batalion Pertama Perubatan di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu serta kelengkapan diterbangkan ke Tawau pada Sabtu lalu.

Hospital medan itu mula beroperasi hari ini bagi menyokong Hospital Tawau merawat kes-kes bukan Covid-19 dan pesakit luar termasuk dilengkapi bilik pembedahan.

Sebuah lagi hospital medan didirikan di kawasan Penjara Pokok Sena bagi memberi rawatan kepada tahanan yang mempunyai jangkitan Covid-19 dan mampu memuatkan sehingga 250 individu, selain boleh menerima pesakit dari penjara lain di sekitar Kedah.

Sebagai pasukan bantuan khidmat, fungsi KKD jarang dilihat menonjol berbanding unit-unit tempur dalam ATM, namun peranan pasukan itu cukup penting, khususnya semasa perang, selain memberi bantuan ketika bencana.

Dua unit Batalion Perubatan (Bn Ubat) masing-masing ditempatkan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak merupakan pasukan hadapan KKD yang boleh diatur gerak pada masa yang singkat bagi keperluan semasa kecemasan.

Setiap batalion mempunyai tiga kompeni perubatan yang ditempatkan di lokasi berbeza mengikut pemerintahan briged masing-masing.

Kompleks hospital medan pula dibina sama ada menggunakan khemah khas atau pada platform kontena yang mudah untuk diatur gerak ke mana-mana lokasi. Kos untuk membeli aset-aset perubatan itu bukan murah tetapi perlu untuk dimiliki.

Artikel Berkaitan:

Sebab itu, apabila berhadapan dengan situasi kecemasan yang memerlukan pihak awam mendapatkan bantuan hospital medan daripada pihak tentera, maka respons yang diberi sangat pantas.

Sebuah hospital medan ATM juga telah didirikan susulan kebakaran di wad unit rawatan rapi Hospital Sulta-nah Aminah, Johor Bahru pada 2016.

Penugasan bukan ketenteraan sebenarnya bukanlah baharu bagi ATM, malah ia merupakan sebahagian instrumen bagi mendekatkan hubungan antara pihak tentera dan awam.

Persepsi Disebabkan ketidakfahaman itu, wujud pandangan serong segelintir masyarakat sehingga mempertikaikan fungsi dan peranan tentera pada masa aman. Mereka menganggap tentera haruslah mempunyai tugas-tugas tertentu yang kewujudan mereka disedari masyarakat, misalnya berperang.

Mengikut persepsi itu, sekiranya tidak terlibat dalam peperangan, maka tindakan kerajaan mengeluarkan perbelanjaan besar bagi membiayai pasu-kan tentera dilihat sebagai pembaziran. Lebih menjengkelkan apabila tangga-pan itu turut menjadi modal politik.

Kertas Putih Pertahanan (KPP) menggariskan dua peranan ATM yang melibatkan fungsi utama dan sekunder iaitu melindungi kepentingan negara dan mempertahankan kedaulatan.

Seperti juga unit infantri atau tempur, pasukan perubatan ATM telah melibatkan diri dalam penugasan antarabangsa bermula semasa Operasi PBB di Congo (UNOC) mulai Oktober 1960 hingga April 1963.

Sepanjang empat dekad seterusnya, KKD telah menyertai pelbagai misi pengaman seperti di Kemboja, Somalia, Bosnia Herzegovina, Timor Leste, Sahara Barat dan Lebanon.

Pasukan perubatan ATM juga terbabit dalam misi kemanusiaan semasa bencana Tsunami di Acheh pada Disember 2004 dan gempa bumi di Battagram, Pakistan dua tahun kemudian.

Tim perubatan Malaysia turut dihantar ke Afghanistan pada tahun 2002 untuk berkhidmat di Chaman yang bersempadan dengan Pakistan bagi memberi rawatan kepada kira-kira 25,000 pelarian. ATM turut mengoperasikan Hospital Medan Malaysia di Cox's Bazar, Bangladesh yang beroperasi sejak tahun 2018 sebelum ditamatkan pada Jun lalu.

Penglibatan KKD pada misi kali ini juga adalah kesinambungan keterliba-tan sedia ada ATM dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dilaksanakan bagi memutuskan rantaian Covid-19.

* Zaki Salleh merupakan penganalisis pertahanan dan telah menulis dalam bidang ini sejak 20 tahun lalu