Hentian, Bukit dua kluster baharu Covid-19

Dr Noor Hisham pada sidang media perkembangan Covid-19 di KKM, Putrajaya hari ini
Dr Noor Hisham pada sidang media perkembangan Covid-19 di KKM, Putrajaya hari ini
A
A
A

PUTRAJAYA - Kluster Hentian di daerah Hulu Langat, Selangor dan kluster Bukit di Melaka diisytiharkan sebagai kluster terbaharu koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai tujuh individu dikesan positif membabitkan kluster Hentian.

"Kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-18,664 dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

"Seramai 127 individu telah disaring dan 120 individu masih menunggu keputusan," katanya.

Sementara itu, menurutnya, kluster Bukit pula membabitkan semua daerah di Melaka iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

"Kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-17,531 telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 13 Oktober dan dimasukkan ke Hospital Melaka.

"Saringan kontak rapat mengenal pasti 14 lagi kes positif Covid-19. Sehingga hari ini, seramai 89 individu telah disaring dan 15 disahkan positif, 73 didapati negatif dan seorang lagi masih menunggu keputusan," katanya.

Pada pada itu, Dr Noor Hisham menyeru masyarakat mendapatkan maklumat sahih mengenai Covid-19 menerusi sidang media harian, laman rasmi KKM, saluran Telegram Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan serta laman media sosial rasmi KKM.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menularkan sebarang berita palsu atau maklumat diragui kesahihannya," katanya.