Loji rawatan air kembali beroperasi - MB Selangor

Kenyataan yang dimuat naik Amirudin di Facebooknya sebentar tadi.
Kenyataan yang dimuat naik Amirudin di Facebooknya sebentar tadi.
A
A
A

SHAH ALAM - Loji Rawatan Air telah mula beroperasi untuk kerja-kerja pembersihan air mentah bagi kegunaan pengguna.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya telah dimaklumkan tahap bacaan pencemaran di LRA Rantau Panjang dan Sungai Selangor Fasa 1,2 dan 3 telah mencecah 0 ton.

"Alhamdulillah, saya dimaklumkan tahap bacaan pencemaran di LRA Rantau Panjang dan Sungai Selangor Fasa 1,2 dan 3 telah mencecah 0 ton.

"Loji telah mula beroperasi untuk kerja pembersihan dan akan mula memproses air mentah bagi kegunaan pengguna," katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook rasminya hari ini.

Terdahulu, kira-kira 1.2 juta akaun pengguna di tujuh daerah di negeri ini berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan pencemaran sumber air mentah dikesan di Sungai Selangor pada jam 2 pagi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: [DIKEMASKINI] 1.2 juta akaun pengguna di KL, Selangor terjejas bekalan air

Artikel Berkaitan: