Huawei IdeaHub: Selesaikan kerja dalam norma baharu

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR – Pandemik Covid-19 telah memacu peningkatan mendadak terhadap platform digital di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Keperluan mendesak kepada penggunaan platform digital ini disebabkan peralihan sistem kerja dan pendidikan daripada kovensional kepada dunia siber bagi membolehkan sektor perniagaan, pendidikan, organisasi dan individu terus bergerak dalam norma baharu ini.

Sepanjang tempoh berkenaan, Huawei telah melancarkan penyelesaian inovatif – Huawei IdeaHub di mana kemudahan terbaharu ini merupakan kombinasi pelbagai teknologi terkini dalam mentransformasi suasana kerja tradisional kepada persekitaran lebih berteknologi tinggi dan pintar.

Kecanggihan teknologi Huawei Ideahub

No Image Caption



Huawei IdeaHub menginegrasikan pelbagai kecanggihan peranti komunikasi seperti projector, papan putih, mikrofon, pembesar suara, tablet, komputer peribadi, televisyen dan peranti sidang video, di mana ia menyelesaikan semua keperlun anda secara pintar.

Dengan Huawei IdeaHub, isu batasan geografi bukan lagi satu masalah dalam menjalankan sesi penjanaan minda atau pembelajaran yang produktif serta efektif. Denga reka bentuknya yang dibangunkan oleh Huawei Milan Aesthetic Research Center di Itali, the IdeaHub menawarkan komunikasi digital bebas kabur, futuristik yang menjadi penyelesaian mudah untuk diadaptasikan oleh syarikat korporat dalam penggunaan secara meluas.

Penyelesaian kepada isu sidang video

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

IdeaHub menggunakan teknologi Huawei CLOUD Meeting atau Mesyuarat Awanan Huawei iaitu system persidangan awanan yang pintar hasil daripada penyelidikan dan pembangunan sidang video selama 26 tahun yang dilakukan oleh Huawei.

Ia juga menaplikasikan inovasi dalam computer grafik terkini, kecerdasan buata (AI) dan enjin kodek video bersama dengan mod video 1080p HD dan kemampuan perkongsian dokumen 4k ultra-HD.

Apabila ia dihubungkan kepada komputer OPS, Huawei IdeaHub juga menyokong platform komunikasi video seperti mana Zoom dan Microsoft Teams.

No Image Caption

Untuk fungsi telekonferens, IdeaHub mempunyai beberapa ciri Kecerdasan Buatan (AI) yang membantu untuk memberikan pengalaman mesyuarat yang lebih imersif.

Ciri seperti Auto-framing yang memfokuskan kepada bilangan orang dalam bilik mesyuarat, Acoustic Baffle yang menghalang bunyi daripada luar kawasan mesyuarat dan Speaker Tracking yang memfokuskan mikrofon kepada orang yang bercakap akan memperbaiki pengalaman mesyuarat.

No Image Caption

Huawei IdeaHub didatangkan dengan empat unjuran mod pintar, kabel, aplikasi, projector dan Komunikasi Jarak Dekat ((NFC). comes with four smart projection modes: wired, app, projector and Near Field Communication (NFC). Unsur fleksibeliti ini membolehkan penyebaran bunyi dilakukan dalam pelbagai suasana.

No Image Caption

Membicarakan dengan definisi unjuran dan kelancarannya Huawei IdeaHub disokong oleh video 4k 60fps, 1080p 60fps unjuran video tanpa wayar yang dinamik, dan perkongsian kandungan 4k ultra-HD tanpa wayar.

Papan putih Huawei IdeaHub didatangkan dengan resolusi 4k dengan keupayaan keupayaan pengarang bersama yang membolehkan dua individu untuk menulis sesuatu dalam satu masa. Papan putih ini juga menawarkan selang masa sangat rendah iaitu 0.035 saat yang menjadikan pengalaman ketika menulis selancar seperti menggunakan pen dan kertas biasa.

No Image Caption

Penampilan pintar seperti gerak isyarat, luncuran, pemilihan zoom masuk dan keluar serta memadamkan tulisan di papan putih melalui hanya satu klik membolehkan setiap perkongsian maklumat dilakukan dengan cekap serta teratur.

No Image Caption

Ketika perkembangan dunia digital semakin pesat dan proses pekerjaan serta pembelajaran jarak jauh sudah menjadi satu keperluan dalam hidup, peranti Huawei IdeaHub ini membantu perniagaan, pengurusan kerajaan dan individu diselesaikan dalam norma baharu.

IdeaHub URL:https://e.huawei.com/my/products/cloud-communications/ideahub

Huawei CLOUD Meeting URL: https://www.huaweicloud.com/intl/en-us/product/meeting.html